Thursday 10 September 2015

Filled Under:

WOW..!!!! SELEPAS VIRAL VAPE DIBELI DENGAN HARGA 17K...LELAKI INI PULA BELI 'HELMET' DENGAN HARGA 47K...???




Helmet berharga RM47,000  – Unik dan sukar ditemui membuatkan sebiji t0pi keledar dijual dengan harga RM47,000.

Itu alasan penjual t0pi keledar yang mahu dikenali sebagai Hazwan, 29, bagi menjawab pelbagai reaksi yang diterimanya selepas kejayaan dia menjual sebiji t0pi keledar dengan harga RM47,000 ‘viral’ di laman s0sial Facebook (FB), baru-baru ini.

Bapa kepada anak berusia lapan bulan dari Shah Alam itu berkata, t0pi keledar Sh0ei jenis J- F0rce II Jack Red berwarna merah yang dijual diper0leh dari Jepun melalui se0rang perantara dari Singapura yang membuat bidaan harga sebelum dia membelinya dan dibawa masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan harga t0pi keledar itu ketika membelinya.

“Saya menganggap harga yang ditawarkan selepas melakukan bidaan iaitu RM47,000 itu sangat berpatutan berbanding harga sebenar lebih RM60,000.

“Selepas seminggu dibawa masuk ke Malaysia, t0pi keledar itu dibeli se0rang lelaki India berusia 30-an dikenali sebagai M0k yang juga penggemar dan pengumpul barangan itu pada Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metr0, semalam.

Katanya, lelaki itu ada memaklumkan kepadanya dia sudah sekian lama mencari t0pi keledar berkenaan selain h0binya yang gemar mengumpul t0pi keledar.

“Dia (M0k) teruja ketika melakukan pembelian dan wang bukan halangan baginya untuk memenuhi kehendak dan kepuasannya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu ambil peduli reaksi dan pandangan negatif yang dilemparkan segelintir pengguna di FB yang mengecam harga t0pi keledar itu.

“Pada awalnya saya agak terkejut apabila gambar yang dimuat naik melalui FB saya menjadi ‘viral’.

“Saya baru dua bulan menjalankan perniagaan ini dan alhamdulillah ia mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penggemar t0pi keledar di negara ini.

“Semuanya timbul kerana minat, tidak kiralah harga RM100,000 sekalipun kalau sudah minat itu semua bukan halangan,” katanya.

SUMBER : OHGASAK.COM





0 comments:

Post a Comment