Wednesday 10 June 2015

Filled Under:

7 Tanda Orang Yang Akan Meninggal Dunia !!!



Semua yang hidup pasti akan mati. Seperti apa proses kematian yang nantinya akan dialami oleh setiap makhluk hidup????

Tidak mudah memang meramalkan secara tepat kapan seseorang akan meninggal. Kematian itu sendiri boleh disebabkan sakit, kemalangan atau sebab lain....

Pada keadaan normal seperti orang sakit biasanya seseorang akan menunjukkan gejala yang menunjukkan bahawa hidupnya akan segera berakhir beberapa minggu lagi seperti dikutip dari mayoclinic iaitu:

1. Merasa gelisah.Seseorang akan merasa tidak tenang serta sukar tidur, selain itu dia akan seringkali menukar kedudukan semasa tidur kerana perasaan gelisah.....

2. Menarik diri.Seseorang tidak ingin lagi terlibat dalam aktiviti sosial ataupun melakukan aktiviti yang disukainya....

3. Sering mengantuk...Seseorang akan menghabiskan lebih banyak masa untuk tidur....

4. Kehilangan nafsu makan...Seseorang hanya akan makan dan minum dalam jumlah sedikit dan berbeza dari biasanya....

5. Mengalami berhenti seketika semasa bernafas...Hal ini biasanya terjadi apabila seseorang sedang tidur ataupun terjaga.....

6. Luka yang sukar sembuh...Luka atau jangkitan yang dialami mengalami kesukaran untuk disembuhkan....

7. Pembengkakan....Pada beberapa orang terjadi pembengkakan di daerah tangan, kaki atau bahagian tubuh lain....

Proses mati mulai terjadi ketika tubuh tidak boleh mendapatkan pengambilan oksigen yang diperlukan untuk boleh bertahan hidup.... Sel yang berbeza akan mempunyai kelajuan kematian yang berbeza pula, sehingga panjangnya proses seseorang mati bergantung pada sel-sel yang kekurangan oksigen ini....

Sedangkan otak memerlukan oksigen dalam jumlah yang besar dan hanya mempunyai sedikit oksigen cadangan. Sehingga jika pengambilan oksigen berkurang maka akan mengakibatkan kematian sel dalam masa 3-7 minit sahaja....

Beberapa tanda yang ditunjukkan oleh orang yang mati adalah lebih banyak tidur, hal ini untuk menjimatkan tenaga yang tinggal tersisa sedikit di tubuh. Ketika tenaga tersebut hilang, maka seseorang akan kehilangan nafsu untuk makan ataupun minum. Proses menelan pun menjadi sukar dan mulut akan sangat kering, sehingga memaksa orang yang mati untuk minum akan membuatnya tersedak....

Selain itu orang yang mati akan kehilangan kawalan pada pundi kencing dan ususnya, sehingga seringkali terlihat kencing malam. Orang akan merasa bingung, gelisah dan tidak tenang kerana tidak dapat bernafas dengan teratur. Ketika sel-sel di dalam tubuh mulai kehilangan sambungan, maka akan mengalami kejang otot....

Kematian akan semakin menghampiri jika kaki dan tangan terasa dingin dan mula sedikit membiru akibat terhentinya aliran darah ke kawasan tersebut. Tapi lama-kelamaan akan semakin merebak ke bahagian tubuh atas seperti lengan, bibir dan kuku.... Selain itu orang menjadi tidak responsif, walaupun matanya terbuka tapi mempunyai tatapan mata kosong atau tidak melihat sekelilingnya....
Selepas itu pernafasan akan terhenti sama sekali dan diikuti oleh pemberhentian kerja jantung, maka secara klinikal orang tersebut sudah mati kerana tidak ada peredaran dan cadangan oksigen untuk boleh mencapai sel-sel di tubuh. Namun kematian klinikal boleh dikembalikan melalui proses CPR (nafas bantuan), pemindahan atau ventilator. Tapi jika 4-6 minit selepas kematian klinikal tidak ada perubahan, maka itu artinya jantung sudah tidak boleh bekerja lagi....

Kerana jantung sudah tidak bekerja, maka secara automatik aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh dan otak juga akan terhenti. Akibat tidak adanya pengambilan oksigen dan darah ke otak, maka dalam hitungan beberapa saat otak juga akan mati dan di situlah akhir dari perjalanan hidup seorang manusia....

sumber:newbiesblog




0 comments:

Post a Comment